DRAMA FORUM REMAJA 2020 (TINGKATAN 4)
SET 1
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Chandran : Terima kasih atas penghormatan itu. Cuma satu saja yang saya ragu. Perkataan
potensi yang saudara sebutkan itu membawa implikasi bahawa negara kami
belum lagi mencapai taraf prestasi yang boleh dibanggakan sebagai sebuah
negara membangun. Sedangkan kami rasa setiap keadaan dalam negara ini
adalah terkawal dan membanggakan.
MU I : Itu perasaan saja. Hakikatnya belum cukup memuaskan sepenuhnya untuk
dijadikan sebagai sebuah negara model.
CHONG : Kami rasa, kami sudah mempunyai kualiti-kualiti yang mencukupi sebagai
sebuah negara model yang saudara sebutkan itu. Kami punyai satu bahasa
kebangsaan sebagai bahasa perantaraan untuk tujuan integrasi nasional.
SALMAH : Kami punyai satu agama rasmi, sementara agama-agama lain dibenar untuk
dipraktikkan.
CHANDRAN : Kami juga mempunyai satu kebudayaan nasional, yang mewakili seluruh cara
hidup bangsa Malaysia.
SALMAH : Kami hidup dengan baik dan dalam suasana mubibah. Dari segi makanan saja
sudah cukup sebagai bukti.
CHANDRAN : Misalnya, kalau orang India makan roti canai, orang Melayu dan orang Cina pun
makan roti canai.
CHONG : Kalau orang Cina makan kuetiau, orang Melayu dan orang India pun makan
kuetiau.
(Dipetik daripada
‘Forum Remaja 2020’
dalam antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Nyatakan dua kualiti yang dimiliki oleh Malaysia untuk menjadi sebuah negara model.
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memupuk
semangat muhibah dalam kalangan rakyat negara kita. [4 markah]
(iii) Berikan satu nilai murni yang terdapat dalam petikan dan dua nilai murni lain yang
terdapat dalam keseluruhan drama. [3 markah]
SET 2
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
MU II : Kerana saudara belum lagi menjadi pemimpin!
MU I : Sebagai bakal pemimpin, saudara perlu menjalani banyak ujian dan cabaran. Ini
disebabkan muda mudi masa kini, iaitu generasi saudara sedang mengalami
suatu era kritikal baik dari segi moral, sosial mahupun mental.
SALMAH : (Kembali tidak sabar) Nampaknya saudara menghina kami ni!
MU I : Bertenang saudara. Bukan menghina, tapi kenyataan. Kehidupan moden hari ini
semakin menjadi materialistik! Ia sedang menyerang masyarakat manusia
seluruh dunia! Dan generasi mudalah yang bakal menjadi mangsanya.
CHANDRAN : Saudara bercakap sewenang-wenangnya. Cuba buktikan kata-kata saudara itu.
MU I : Tidakkah saudara membaca, mendengar radio atau menonton televisyen? Tiap-
tiap hari tersiar keruntuhan moral generasi muda.
MU II : Generasi muda sudah tidak tahu dan tidak mahu menghormati lagi. Tidak
menghormati orang tua, tidak menghormati guru, tidak menghormati sesama
manusia dan tidak menghormati diri sendiri.
CHONG : (Nada perli) Lagi?
MU I : Dan lagi, atas segala-galanya ialah kepercayaan keagamaan dan ketuhanan.
Generasi muda masa kini amat longgar kepercayaan keagamaannya. Inilah
punca utama yang menyebabkan berlakunya kemerosotan moral dalam kalangan
belia.
(Dipetik daripada
‘Forum Remaja 2020’
dalam antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Berikan dua contoh keruntuhan moral generasi muda hari ini. [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri generasi muda yang berani menghadapi cabaran hidup? [3 markah]
(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama dan satu latar
masyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan drama. [4 markah]
SET 3
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SALMAH : Kau meragui dua Makhluk Utopia tu kerana dalam beberapa hal pendapat-
pendapat kita disanggah oleh mereka.
CHONG : (Seperti memikirkan sesuatu)
SALMAH : Kerana tak sanggup dikritik, maka kau pun meragui mereka! Betul tak?
CHONG : (Teragak-agak untuk bercakap) Tapi …
SALMAH : Kita harus sanggup dan berani menerima kritikan. Bangsa yang maju ialah
bangsa yang sanggup berdepan dengan kritikan! Kalau bangsa kita ingin maju,
kita harus dan mesti berani, bukan hanya untuk mengkritik tetapi juga untuk
dikritik.
CHONG : Ah, kita lupakan saja tentang mimpi tu! Kita ni masih pelajar. Kita mempunyai
tanggungjawab yang utama terhadap pelajaran. Buat apa susah-susah ambil
tahu soal-soal yang bukan tanggungjawab kita? (Kepada CHANDRAN)
Bagaimana, Chandran?
CHANDRAN : Entahlah. Aku kurang pasti. Kepala aku pening! (Kepada SALMAH) Apa
pendapat kau, Salmah?
SALMAH : Aku yakin kita perlu buat sesuatu. Sebagai pelajar, memang tanggungjawab kita
Belajar. Tapi sebagai manusia, sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan tanah
airnya, kita juga mempunyai tanggungjawab tertentu. Aku fakir kata-kata dua
Makhluk Utopia itu tadi ada kebenarannya. Ketepikanlah ego peribadi kita. Cuba
Renungkan kembali peristiwa yang berlaku sebentar tadi!
(Dipetik daripada
‘Forum Remaja 2020’
dalam antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Nyatakan dua perkara penting yang perlu ada dalam diri remaja. [2 markah]
(ii) Remaja perlu berani menghadapi kritikan untuk maju.
Pada pendapat anda, apakah perkara-perkara lain yang perlu ada dalam diri remaja
untuk memajukan diri.
[4 markah]
(iii) Berikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan dua pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan drama. [3 markah]
JAWAPAN DRAMA FORUM REMAJA 2020 (TINGKATAN 4)
SET 1
(i) Dua kualiti:
- satu bahasa kebangsaan
- satu agama rasmi, namun agama-agama lain dibenar untuk dipraktikkan
- satu kebudayaan nasional
(ii) Usaha yang boleh dilakukan oleh untuk memperkasakan integrasi nasional di negara
kita:
- hormat-menghormati antara satu sama lain
- menjalin hubungan yang baik dengan semua orang tanpa mengira bahasa, agama
dan bangsa
- menghadiri sambutan perayaan pelbagai kaum
- menziarahi rakan
(iii) Nilai murni dalam petikan:
- semangat patriotisme. Cth: Chong dan Chandran mempertahankan nilai kualiti Negara
Nilai murni dalam keseluruhan drama:
- insaf. Cth: MU I insaf akan kesalahan masa silamnya dan berharap agar mereka
semua tidak mengulang kesalahan tersebut
- berani. Cth: Salmah, Chong dan Chandran berani berhujah demi mempertahankan
pendapat masing-masing
SET 2
(i) Dua gejala keruntuhan moral:
- generasi muda sudah tidak tahu dan tidak mahu menghormati lagi
- longgarnya kepercayaan keagamaan dan ketuhanan generasi muda
(ii) Ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seseorang generasi muda yang berani menghadapi
ujian dan cabaran hidup:
- berfikiran terbuka
- berani bertindak
- berusaha keras
- bijak menyelesaikan sesuatu perkara
- berilmu tinggi dalam bidang akademik
- berfikiran rasional dalam membuat keputusan
- mempunyai semangat patriotik yang tinggi
(iii) Satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan:
- masyarakat generasi muda yang terlibat dalam keruntuhan moral
Cth: berita keruntuhan moral generasi muda disiarkan dalam media massa setiap
hari
Satu latar masyarakat lain yang terdapat dalam keseluruhan drama:
- masyarakat yang bijak berhujah
Cth: Salmah dan Chandran berhujah dengan MU I dan MU II tentang pembangunan
negara mereka
- masyarakat yang suka memberikan panduan dan nasihat demi kesejahteraan negara
Cth: Makhluk Utopia berterus terang dalam memberikan panduan dan nasihat
kepada Salmah, Chandran dan Chong demi kemajuan negara ini
SET 3
(i) Dua perkara penting yang perlu ada dalam diri remaja:
- remaja mesti berani menerima kritikan
- bertanggungjawab untuk belajar
- bertanggungjawab melakukan sesuatu untuk tanah air
(ii) Empat perkara yang perlu ada dalam diri remaja untuk memajukan diri:
- semangat patriotik yang tinggi
- cemerlang dalam pelajaran
- sifat berdikari yang tinggi
- tidak terjebak dengan gejala-gejala negatif
- bersikap positif
- mempunyai semangat berdaya saing
- rajin berusaha
- melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah
(iii) Satu pengajaran yang terdapat dalam petikan:
- sebagai remaja, kita mestilah berani menerima kritikan untuk berjaya dalam hidup
Dua pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan drama:
- kita perlu berbincang untuk mendapatkan suatu pandangan yang baik
- sebagai remaja, kita harus sedar bahawa kitalah pemimpin negara pada masa hadapan
No comments:
Post a Comment