Wednesday, 21 December 2011

Masa Itu Emas

Pejam celik pejam celik cuti sekolah semakin sampai ke penghujung,peperiksaan SPM juga telahpun berakhir.Tanpa disedari MASA begitu cepat berlalu meninggalkan kita. Semoga anak-anak didikku menggunakan MASA yang ada dengan sebaik mungkin kerana MASA yang berlalu tidak akan berulang kembali.

Peribahasa mengatakan "Masa Itu Emas",isilah MASA yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah.Jangan bazirkan MASA dengan sia-sia kerana MASA itu sangat berharga. "Demi MASA,sesungguhnya manusia itu didlm kerugian kecuali org2 yg beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dgn kebenaran dan berpesan-pesan dgn kesabaran". (Surah Al-Asr)

MASA tidak akan menunggu sesiapa,kita mesti mengejarnya agar tidak ketinggalan dan kerugian. Hargailah MASA kerana kita tidak tahu berapa lama lagi MASA yang ada untuk kita sebelum tibanya MASA kita dijemput menemuiNya........

Thursday, 10 November 2011

Perjuangan Semakin Menghampiri (Khas buat anak-anak didikku di SMKTU2)

Makan tidak kenyang, mandi tidak basah dan tidur tidak lena.....mungkin begitulah situasi yang sedang dihadapi oleh anak-anak didikku yang akan menghadapi peperiksaan SPM yang akan bermula pada hari Isnin ini (14 November 2011). Hanya tinggal dua hari sahaja lagi anak-anak semua akan menghadapi satu perjuangan yang akan menentukan masa depan kalian.

Segala ilmu telahpun cikgu curahkan dengan seikhlas hati untuk anak-anak didik sekalian, semoga ilmu yang cikgu curahkan itu dapat dijadikan bekalan dan membantu anak-anak untuk menjawab peperiksaan nanti.

Cikgu memahami tekanan yang dihadapi oleh anak-anak didik sekalian untuk menempuh perjuangan yang semakin hampir ini.Berat mata cikgu memandang tetapi berat lagi bahu anak-anak yang memikulnya.Namun begitu, perjuangan mesti diteruskan wahai anak-anak didik sekalian.....
Teruskan langkah mu, jangan gentar...yakinlah kalian mampu mencipta kejayaan.

Cikgu halalkan segala ilmu yang cikgu berikan pada anak-anak sekalian dan segala tingkahlaku yang tidak menyenangkan hati telah lama cikgu maafkan.

Doa cikgu sentiasa mengiringi langkah kalian, semoga semuanya dapat menjawab soalan SPM dengan baik dan berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2011.

Tatabahasa ( Membina Ayat) Kata Akronim

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.


i. pawagam

ii. cerpen

iii. tadika

iv. gimrama

v. taska

vi. cereka






Skema Jawapan


i. pawagam (panggung wayang gambar)
Saya pergi ke pawagam bersama kawan-kawan untuk menonton filem yang baru ditayangkan itu.

ii. cerpen (cerita pendek)
Cerpen yang saya tulis mendapat hadiah saguhati dalam pertandingan menulis cerpen peringkat sekolah.

iii. tadika (Taman Didikan Kanak-kanak)
Adik saya yang berumur enam tahun belajar di tadika berhampiran rumah saya.

iv. gimrama (gimnastik berirama)
Aishah telah berjaya meraih pingat emas dalam acara gimrama yang disertainya.

v. taska (Taman Asuhan Kanak-kanak)
Ramai kanak-kanak ditinggalkan di taska itu ketika ibu bapa mereka pergi bekerja.

vi. cereka (cerita rekaan)
Cereka yang disiarkan dalam televisyen pada malam tadi mendapat sambutan hangat.

Monday, 31 October 2011

Tatabahasa ( Membina Ayat)

Latihan 1

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.


(i) bebola

(ii) jejari

(iii) dedaun

(iv) rerambut

(v) lelaki

(vi) pepohon




Latihan 2

Tulis dua ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya.Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.


(i) ketam
(ii) haus
(ii) hangat




Skema Latihan 1

(i) Adik sangat gemar memakan bebola ikan.

(ii)Jejari saya terasa lenguh kerana menulis karangan terlalu panjang.

(iii) Tukang sapu itu sedang menyapu dedaun yang gugur di bawah pokok itu.

(iv) Salah satu ciri mamalia ialah mempunyai rerambut

(v)Lelaki yang kacak itu ayah saya.

(vi) Pepohon tumbuh subur di kebun datuk kerana sentiasa dibaja oleh datuk.



Skema Latihan 2

(i) - Emak membeli sekilogram ketam di pasar.
- Saya ketam permukaan kayu itu sehingga menjadi licin.

(ii)- Saya haus kerana berpuasa hari ini.
- Tapak kasut sekolah saya telah haus kerana telah lama digunakan.

(iii) - Air kopi itu masih hangat ketika dihidangkan.
- Isu pembuangan bayi merupakan isu yang hangat dibincangkan oleh masyarakat.

Tatabahasa (Ayat Songsang)

Latihan 1
Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang.

(i) Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara.

(ii)Keropok lekor sangat populor di Terengganu kerana rasanya yang enak.

(iii)Negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir disebabkan hujan lebat yang berterusan.




Latihan 2
Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah supaya menjadi ayat bersusunan biasa.

(i) Dirobohkan oleh pekerja bangunan lama di pinggir bandar.

(ii)Keadaan banjir semakin surut pemberita melaporkan.

(iii)Pada hari raya pertama kami berkumpul di rumah nenek di kampung.




Skema Latihan 1

(i)Sungguh petah berbicara peserta pertandingan pidato itu.

(ii)Kerana rasanya yang enak, keropok lekor sangat popular di Terengganu.

(iii)Disebabkan hujan lebat yang berterusan, negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir.



Skema Latihan 2

(i)Bangunan lama di pinggir bandar dirobohkan oleh pekerja.

(ii) Pemberita melaporkan keadaan banjir semakin surut.

(iii)Kami berkumpul di rumah nenek di kampung pada hari raya pertama.

Monday, 24 October 2011

Program Jawakhir 2011 (BM 2 SPM) Novel (Peristiwa Menarik)

SOALAN :

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.(7 markah)



SKEMA JAWAPAN :
( Tips) : 1. Pilih dua peristiwa sahaja untuk dijawab dalam peperiksaan.
2. Pilih peristiwa yang senang untuk diingat.

MELUNAS RINDU karya Hartini Hamzah


Peristiwa menarik dalam novel ialah :

1. Peristiwa Fuad mengetahui ibu kandungnya masih hidup daripada Pak Samsudin iaitu jiran Mariah (kakak angkat ibu Fuad). Pak Samsudin juga meyakinkan Fuad bahawa Fuad akan berjumpa dengan ibu kandungnya, Mariana sendiri bukan dengan kuburnya.

Peristiwa ini menjadikan perjalanan cerita bertambah menarik dan pembaca ingin mengetahui cerita yang seterusnya.


2. Peristiwa Fuad mengetahui bahawa nama asal ketika dilahirkan ialah Abdul Halim dan nama Islam bapanya ialah Roslan. Fuad sendiri terkejut mendengarkan perkara itu daripada Pak Ngah Lias.

Peristiwa ini memberikan maklumat tentang sejarah hidup Fuad dan mengetahui identiti sebenar Fuad.


3. Peristiwa Fuad membantu ibu saudaranya, Swee Lan menyuapkan bubur nasi kepada bapa saudaranya, Peter Lim yang semakin uzur. Fuad juga membantu ibu saudaranya itu mengelap muntah bapa saudaranya, dan membawanya ke klinik.

Peristiwa ini memaparkan keperibadian Fuad yang bukan hanya kacak dari segi luaran malah mempunyai perwatakan dalaman yang berbudi pekerti mulia.


4. Peristiwa Fuad menyambut hari lahir Farhana. Bermula dengan pemberian kad ucapan, kemudian Fuad mengajak Farhana keluar makan di Restoran Terapung di Taman Syahbandar, Terengganu. Fuad juga mengucapkan ’Selamat Ulang Tahun ke-24’ kepada Farhana.

Peristiwa ini memberikan gambaran Fuad dan Farhana sudah mula bercinta. Farhana senang dengan layanan mesra yang ditunjukkan oleh Fuad.


5. Peristiwa Fuad menyedari bahawa ibu Farhana adalah ibu kandungnya. Mariana dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana menghidap penyakit lelah (asma). Semasa berada di hospital tersebut Fuad mengetahui ibu Farhana (Mariana) adalah ibu kandungnya yang dicari selama ini. Fuad tabah menerima kenyataan bahawa ibunya (Mariana) adalah ibu Farhana juga dan Farhana, gadis yang dicintai dan ingin dikahwininya adalah adik kandungnya sendiri.

Peristiwa ini membawa unsur kejutan kepada pembaca dan pembaca berasa simpati kepada Fuad dan Farhana yang baru mula ingin bercinta. Perjalanan cerita menjadi bertambah menarik.


6. Pertemuan Fuad dengan ayah kandungnya, Robert Lim di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Fuad ingin membalas jasa orang tuanya dengan membawa Mariana (ibu kandungnya), Mak Salmah (ibu angkat) dan Pak Ismail (bapa angkatnya) menunaikan umrah di Mekah. Robert Lim memberikan harapan bahawa dia akan menyusul mereka kemudian dan dia dan Fuad saling berpelukan.

Peristiwa ini menandakan Fuad sudah memaafkan bapanya dan hubungan antara kedua-dua beranak itu sudah jernih.


7. Peristiwa Fuad mengajar murid-murid secara individu di dalam kelas lanjutan untuk membantu murid-murid di SM Seri Setia menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Peristiwa tersebut membuktikan kesungguhan dan keikhlasan Fuad melaksanakan tugas sebagai pendidik.






SKEMA JAWAPAN :
( Tips) : 1. Pilih dua peristiwa sahaja untuk dijawab dalam peperiksaan.
2. Pilih peristiwa yang senang untuk diingat.

KABUS DI PERBUKITAN karya Mohamad Kholid bin Hamzah

Peristiwa menarik dalam novel ialah

1. Peristiwa yang berlaku ketika Faridah berada dalam keadaan bawah sedar. Faridah berada pada zaman lampau. Faridah berada di suatu tempat asing, iaitu di Bukit Kutu dan Pekan Sungai Kubu. Faridah pergi ke pekan tersebut ditemani oleh Amah Siti.

Faridah melihat cara penduduk pada zaman itu begitu asing baginya. Faridah merasakan dia berada pada zaman penjajahan Inggeris sebelum negara mencapai kemerdekaan.


2. Peristiwa Rahayu bertemu dengan Faridah dalam keadaan bawah sedar. Mereka bertemu di dalam sebuah rumah papan yang hampir roboh ditolak arus. Selepas diselamatkan Rahayu, Faridah memeluk adiknya dengan erat untuk melepaskan rindu setelah bertahun-tahun tidak bertemu. Selepas Faridah sedar, Rahayu telah pun meninggal dunia.

Menggambarkan keistimewaan hubungan kembar antara Faridah dan Rahuyu yang masih boleh berhubung walaupun jasad mereka terpisah jauh.


3. Peristiwa Faridah bertemu dengan Zain di banglonya di Rosewood, Christchurch, New Zealand.

Pertemuan itu menguatkan lagi keinginan Faridah untuk pulang ke tanah air kerana Zain juga berasal dari Sungai Besar, Selangor.


4. Peristiwa Melina bertemu semula dengan suaminya, Benny di Dubai. Benny terpaksa melarikan diri dan meninggalkan Melina seorang diri di Marang, Terengganu. Benny meminta maaf dan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di Dubai.

Pertemuan itu merungkai masalah yang dihadapi oleh Melina dan akhirnya mereka hidup bahagia.


5. Peristiwa Faridah dan Iqbal ditemui semula di Perkampungan Orang Asli Temuan oleh ayahnya, Mejar (B) Kamarudin dan Buyung dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pertemuan ini merungkai misteri kehilangan Faridah dan Iqbal selama dua minggu selepas kemalangan jalan raya di Bukit Fraser.


6. Pertemuan Azrul dengan Faridah ketika melawat kubur Rahayu di Tanah Perkuburan Parit Satu, Sungai Besar.

Peristiwa ini mencerminkan kesetiaan dan keluhuran kasih Azrul terhadap kekasihnya, Rahayu walaupun Rahayu telah pergi buat selama-lamanya. Malah Azrul tidak mahu berhijrah ke tempat lain semata-mata ingin dekat dengan Rahayu. Kata-kata perangsang Rahayu agar dia bekerja sendiri tanpa makan gaji juga terus membakar semangatnya untuk bekerja sendiri iaitu menternak kambing di kampungnya.



7. Pertemuan antara Zain dan Anne di Christchurch, New Zealand ketika Zain cuba membaiki kereta Anne yang rosak

Pertemuan itu telah memutikkan bibit-bibit cinta yang akhirnya mengikat mereka dengan hubungan suami isteri yang mengembalikan semula nostalgia yang begitu bermakna bagi dua buah keluarga iaitu keluarga Faridah dan Datuk Azrul.



8. Operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan banyak pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor.

Situasi ini menunjukkan kesungguhan pelbagai pihak bekerjasama berusaha mencari dan menyelamatkan dua orang rakyat tempatan yang hilang di Bukit Fraser.

Saturday, 22 October 2011

Program Jawakhir 2011 (BM 2 SPM) Novel Latar Tempat

Soalan 4: Novel
[15 markah]
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Papa... ( akhirnya kau tewas jua! ) karya Deana Yusuf
(ii) Renyah karya Gunawan Mahmood
(iii) Afza Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(v) Interlok karya Abdullah Hussain
(vi) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(vii) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
(viii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan

(a) Sesebuah novel mengetengahkan pelbagai latar tempat untuk menjadikan jalan ceritanya lebih menarik.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan latar tempat dalam novel tersebut .
( 7 markah )



JAWAPAN
(Tips) 1. Pilih dua latar tempat sahaja untuk dijawab dalam peperiksaan.
2. Pilih latar tempat yang senang untuk diingat.

NOVEL MELUNAS RINDU

1. Danau Seberang
Fuad dengan keluarga angkatnya, Mak Salmah dan Pak Ismail tinggal.
Di situlah Fuad belajar mengaji dengan Pak Ismail.

2. Di surau, Danau Seberang
Fuad tiba di surau untuk solat Isyak berjemaah

3. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia
Fuad berkhidmat sebagai guru sandaran Bahasa Inggeris. Dia diberi tugas penting iaitu mengajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 3. Beliau berkhidmat bersama-sama dengan Cikgu Farhana.

4. Rumah Peter Lim di Sungai Ruan
Fuad pulang ke Sungai Ruan menziarahi apaknya Peter Lim setelah setahun tidak pulang.
Peter Lim sakit dan menghadapi masalah perbelanjaan hidup. Fuad berjanji akan menanggung perbelanjaan sekolah adik-adik sepupunya .
Fuad bertanya tentang ibunya kepada Peter Lim dan mahu mencari susur galur sebelah ibunya

5. Perkampungan Felda Lembah Klau
Fuad dan Pak Said bertemu dengan Pak Ngah Lias, dalam usaha Fuad mencari ibunya, Mariana.
Mariana dan Pak Seman tinggal sebelum mengikut kakak angkatnya berpindah Bentong.

6. Kampung Sedili – terletak di Kuala lipis
Fuad, Pak Said dan Pak Ngah Lias menjejaki kubur ibu Fuad, Mereka bertemu dengan Pak Shamsuddin yang akhirnya memberitahu bahawa ibu Fuad belum meninggal dunia.

7. Kawasan Perumahan Taman Tas, Kuantan
Terletaknya rumah Farhana dan di sinilah Fuad diperkenalkan kepada ibu Farhana, Mariana

8. Taman Syahbandar
Di sinilah letaknya sebuah restoran yang bernama Restoran Terapung Taman Syahbandar. Fuad makan bersama-sama dengan Farhana di restoran ini bagi meraikan hari lahir Farhana.

9. Rumah Cikgu Zamani
Fuad datang ke rumah Cikgu Zamani kerana sangkaannya ada jemputan doa selamat
Cikgu Zamani memujuk Fuad agar mengikuti jemaah yang dianggotainya.
Fuad mempertikaikan tentang jemaah agama yang banyak sedangkan agama islam itu hanya satu
Fuad berasa ada pertentangan pendapat tentang cara menarik masyarakat menghayati Islam. Fuad tidak bersetuju dengan sikap prejudis Cikgu Zamani sesama orang Islam iaitu Farhana

10. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
Tempat ibu Farhana, Mariana Osman dirawat. Di sinilah Fuad bertemu dengan ibunya semula. Robert Lim juga datang ke hospital ini dan bertemu dengan Fuad, Farhana serta Mariana.


11. Lapangan Terbang KLIA
Keluarga Fuad ( Farhana dan adik-adiknya) menghantar Fuad, Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah.
Robert Lim turut hadir untuk mengucapkan selamat jalan dan memberitahu Fuad dia mungkin akan mengikuti mereka


KABUS DI PERBUKITAN

1. Di Perpustakaan, Universiti Pertanian Malaysia
Azrul dan Rahayu belajar dan mencari maklumat.
Rahayu tiba-tiba pengsan di sini.

2. Bukit Fraser
Tempat Faridah dan rakannya Mastura serta anak-anak muridnya mengadakan perkhemahan. Faridah meninggalkan tempat ini untuk pergi ke Raub.
Van yang dipandu oleh Faridah terbabas dan jatuh ke dalam gaung ketika menuruni Bukit Fraser menuju ke Pekan Raub.

3. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
Tempat Rahayu dirawat kerana menghidap kanser di leher.
Tempat Faridah dibawa untuk rawatan setelah ditemui di Sungai Dua oleh ayahnya Kamarudin dan Buyung
Tempat Rahayu dan Faridah bertemu setelah 14 tahun berpisah di alam ilusi
( bawah sedar)
Tempat Rahayu meninggal dunia di samping Faridah yang koma
Peristiwa luar biasa berlaku-ketika Rahayu meninggal dunia Faridah sedar dari koma

4. Di Bukit Kutu
Tempat Faridah hilang bersama-sama anak muridnya Iqbal
Mejar (B) Kamarudin dan Buyung bermalan di Bukit Kutu untuk mencari Faridah.

5. Di Perkampungan Orang Asli Temuan
Mejar (B) Kamarudin dan Buyung tiba di perkampungan ini untuk mencari Faridah dan Iqbal. Mereka menemui Faridah dalam keadaan tidak sedar di rumah Tok Batin Senik

6. Di rumah Tuan Cecil Renking, Bukit Kutu
Faridah dan Iqbal ditemui oleh orang-orang Panglima Garang telah dibawa ke sini. Mereka telah diberi sebuah bilik bersebelahan dengan Amah Siti.

7. Sungai Besar, Selangor
Tempat kelahiran Rahayu dan Faridah tetapi Faridah dibesarkan oleh ibunya, Salmah setelah ibunya berpisah dengan bapanya Mejar (B) Kamaruddin
Rahayu dibawa pulang oleh Mejar (B) Kamarudin ke rumah ibunya Salmah ketika penyakit kansernya semakin serius.
Jenazah Rahayu / Salmah dan Ghazali disemadikan di Sungai Besar

8. Rosewood, Christchurch
Faridah menetap di Rosewood selama 25 tahun dan membina hidup barunya dengan berkahwin dengan Samuel Kirkby Johnsons (Soleh Johnsons)
Di sini juga Melina membawa Benny untuk berkenalan dengan Faridah dan Soleh.
Pusat penternakan kambing biri-biri

9. Auckland, New Zealand
Melina bekerja di Auckland sebagai pembantu pelukis pelan
Bertemu Benny di Gloria Coffee Bean. Pertemuan ini telah membawa mereka ke jinjang pelamin

10. Hotel Hilton, Kuala Lumpur.
Melina dan Benny menginap di hotel mewah ini setelah tiba dari new Zealand kerana Benny mempunyai urusan di Kuala Lumpur sebagai Pengarah Operasi Syarikat Al-Jabbar

11. Marang, Terengganu
Tempat tinggal Melina dan Benny selama 2 tahun
Banglo Melina di hadapan pantai Marang. Melina suka akan pemandangan laut kerana cuacanya lebih nyaman dan banyak menghabiskan masanya dengan melukis.
Tempat Melina dan Khadijah berbual-bual tentang nilai masyarakat Malaysia

12. Kampung Parit 13
Tempat tinggal Azrul dan di sinilah Azrul mengusahakan ternakan kambing dan tapak semaian

13. Cameron Highlands
Tempat Faridah dan Soleh Johnsons tinggal (Golf View Cottage)
Tempat pertemuan semula Faridah dengan Datuk Azrul (Teman sekuliah Rahayu).
Datuk Azrul datang untuk membincangkan perkahwinan antara Anne dan Zain
Tempat tinggal ramai Muslim berbangsa Inggeris seperti Musa Surray, Amir Mustov dan Ariff Carlsons

14. Tanah Tinggi Loging
500 ekar tanah dipajak oleh Datuk Azrul untuk pusat agropelancongan tanah tinggi

15. Di Emirate Hotel, Dubai.
Melina dan Soleh Johnson ke sini untuk menemui Benny. Benny yang melarikan diri tanpa sebarang berita telah meminta maaf kepada Melina kerana meninggalkannya seorang diri.