Friday 30 September 2011

Indahnya Bahasa

tingkap papan kayu bersegi
sampan sakat di Pulau Angsa
indah tampan kerana budi
tinggi bangsa kerana bahasa


asam kandis mari dihiris
manis sekali rasa isinya
dilihat manis dipandang manis
lebih manis budi bahasanya


ada padi adalah beras
bertanak nasi periuk tembaga
ada budi adalah balas
orang berbudi kita berbahasa


buah rambai dalam peti
lazat cita pula rasanya
pandai sungguh mengambil hati
serta dengan budi bahasanya


burung Serindit terbang melayang
mari hinggap di ranting mati
bukan ringgit dipandang orang
budi bahasa rangkaian hati


anak cina bertimbang madat
dari Makasar langsung ke Deli
hidup di dunia biar beradat
bahasa tidak dijual beli.......



Dipetik:
 Sekalung Budi Seuntai Bahasa
DBP

Soalan Novel

Soalan 4a ( 7 markah )
 Berdasarkan SATU novel yang anda kaji, jawab soalan-soalan di bawah.

1. Huraikan tema novel tersebut.

2. Huraikan persoalan yang terdapat dalam novel.

3. Jelaskan latar masyarakat yang terdapat dalam novel.

4. Jelaskan latar masa novel tersebut.

5. Jelaskan latar tempat yang terdapat dalam novel.

6. Huraikan mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam novel tersebut.

7. Huraikan nilai murni yang diselitkan oleh pengarang dalam novel.



Soalan 4b ( 8 markah )
Berdasarkan DUA novel yanh anda kaji, jawab soalan-soalan berikut

1. Bandingkan tema bagi setiap novel tersebut.

2. Jelaskan SATU persoalan bagi setiap novel.

3. Bandingkan SATU latar tempat bagi setiap novel.

4. Jelaskan SATU latar masa bagi setiap novel.

5. Huraikan SATU latar masyarakat bagi setiap novel tersebut.

6. Huraikan SATU nilai murni yang terdapat dalam setiap novel.

7. Jelaskan SATU pengajaran yang anda dapat dalam setiap novel.

Thursday 29 September 2011

Melunas Rindu ( Persoalan )

Persoalan

1. Persoalan tanggungjawab sebagai pendidik.
    Fuad begitu rajin dan bertanggungjawab menjalankan tanggungjawabnya sebagai guru di SMK Seri Setia walaupun hanya guru sandaran.

2. Persoalan kasih sayang sesama ahli keluarga.
    Fuad tetap menyayangi Ah Soh dan Mei Lin  dan membayarkan yuran untuk mereka walaupun telah mengetahui mereka bukan adik kandungnya tetapi sepupunya.

3. Persoalan ketabahan menghadapi cabaran hidup.
   Fuad tabah menghadapi cabaran dalam usaha mencari ibu kandunganya iaitu Mariana yang dipercayai masih hidup.

4. Persoalan perbezaan agama tidak akan memutuskan pertalian darah.
    Fuad tetap pulang ke rumah bapa saudaranya, Peter Lim di Sungai Ruan walaupun mereka berlainan agama.

Akhirnya Impianku Gapai

Syukur, impianku untuk mempunyai blog sendiri akhirnya dapat kugapai. Sekian lama aku pendam impian ini disebabkan kekangan masa serta kurang keyakinan diri.Terima kasih kepada suamiku yang banyak membantu dan memberi sokongan untukku merealisasikan impian ini.
          Blog ini  diharapkan dapat digunakan untuk sama-sama berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi memartabatkan bahasa kita yang begitu indah....

Yang Kurik Itu Kundi
Yang Merah Itu Saga
Yang baik Itu Budi
Yang Indah Itu Bahasa

Selamat Datang dan Salam Perkenalan untuk semua

Melunas Rindu ( Nilai )

Nilai

1. Bertanggungjawab
    Fuad bertanggungjawab menjalankan tugasnya sebagai guru di SMK Seri Setia sehingga sanggup mengadakan kelas tambahan untuk pelajarnya.

2. Ketabahan
    Fuad tabah menghadapi dugaan sepanjang pencarian ibu kandungnya sehingga sanggup ke Kuala Lipis.

3. Kasih Sayang
    Mariana sering mengingati anaknya iaitu Abdul Halim yang hilang sejak kecil.

4. Keikhlasan
    Fuad ikhlas membantu Borhan menghantar anaknya ke klinik tanpa mengharapkan balasan.

Melunas Rindu ( Tema)

Tema

Kasih Sayang


Huraian

1. Kasih sayang terhadap ibu kandung
    Fuad berusaha mencari kubur ibu kandungnya yang dikatakan telah meninggal dunia  sehingga sanggup ke Kuala Lipis.

2. Kasih sayang terhadap keluarga angkat.
    Fuad membelikan sebidang tanah untuk keluarga angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah serta membawa mereka menunaikan umrah.

3. Kasih sayang terhadap rakan.
    Fuad menyayangi Farhana sebagai rakan sekerja dan mengambil berat tentang masalah Fahana.

4. Kasih sayang terhadap saudara.
   Fuad membayarkan yuran persekolahan untuk sepupunya Ah Soh.